Wednesday 15 March 2017

Panduan bekerja di Singapura

Panduan bekerja di Singapura. Adakah anda berminat ingin bekerja di Singapura? Sedang mencari kerja di Singapura tetapi tidak tahu bagaimana caranya dan takut ditipu ejen. Jangan risau lagi. Disini ada perkongsian mengenai panduan mencari kerja di Singapura yang dapat membantu anda dengan kos yang lebih menjimatkan. Panduan berbentuk ebook ini dinamakan Panduan Mencari Kerja Di Singapura.
Panduan mencari kerja di Singapura

4 sebab utama kenapa mencari kerja di Singapura

Disini ada 4 sebab utama kenapa anda mencari kerja di Singapura iaitu;
  • Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang
Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. Pada 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan maka pendapatan anda jika ditukar dalam RM ialah RM 2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000, kini pendapatan anda akan menjadi RM 3,140 (berdasarkan tukaran matawang asing terkini). Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda, gaji anda sudah pun bertambah!
  • Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah
Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu. Gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan. RM 15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya. Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura).
  • Mudah Berpatah Balik
Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan “dijual” oleh ejen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang. Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda, hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia.
  • Sah dan Kurang Risiko
Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan. Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak boleh mengambil tindakan.

Dapat segera Panduan Mencari Kerja Di Singapura sekarang!

Demikianlah serba sedikit perkongsian mengenai panduan mencari kerja di Singapura. Jika anda berminat bekerja di Singapura, dapat segera menerusi link dan banner dibawah ini;

[+] KLIK DISINI – PANDUAN MENCARI KERJA DI SINGAPURA



Makluman : Ini adalah merupakan sebuah ebook (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli ebook ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ke dalam komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.